Salam kengkawan yang budiman,
Cerita kali ni memang ada rasa nak gelak, ada rasa nak tampor, ada rasa nak muntah, ada rasa geli, ada rasa "HEY KO TAK BASUH BAJU KE?"
Nak tahu kenapa?
U know la kan, saya selalu jugak spend time g workout kat gym. Tapi saya rasa pelik orang ni? Ada satu bau yang kureng mengenakkan. U know, bila saya join class zumba, or spinning class. Saya terbau yang busuk dari orang2 kat tepi saya. Maafkan saya,saya tak boleh tahan bau itu!
YES, of coz bau peluh. Tapi tolonglah jaga kebersihan. Berwangi-wangianlah bila anda workout tu. Mungkin banyak sangat toksid dalam badan, tu yang mengeluarkan bau peluh yang kuat. Adakah dia tak sedar? Adakah dia selesa dengan bau itu? Adakah dia tak tahu ada orang yang sengsara kerana bau dia itu? Persoalan demi persoalan bermain di pemikiran saya. Saya nak bantu dia...tolonglah!
Jadi macam mana nak hilangkan bau itu? Ok mari kita bincangkan:-
1) Atas pengalaman saya, saya akan pastikan baju, seluar, spentot, bra, dan tudung akan everyday mesti kena tukar. Sabun mandi (yang baunya lebih kepada sporty2 sikit. Keras2 sikit bau dia) & syampu and please bring yang basic tu. Mandilah selepas habis senaman. Cuci la badan kita bersih2, dan masa nak basuh ketiak tu...selawat 3x dan basuh gunakan tangan macam PENUMBUK tu. Jangan pakai tapak tangan. Ini ikut sunnah Nabi kita.
2) Boleh amalkan suplemen yang berunsur detoks macam alfafa complex. Telan 10 biji bagi buang toksid dalam badan dan juga Herblax. Anda akan rasa ringan badan kit kalau kita jenis pemakan suplemen anda akan rasa.
![]() |
| Credit to Blogger |
3) Pakailah wangi-wangian perfume yang jenis sport-sport dan supaya orang disekililing anda akan rasa nikmat bau anda itu. Tapi janganlah anda bau tengit lalu anda sembur pulak bau yng wangi tadi maka jadilah bau yang HANGIT. lol...
4) Mandilah dengan air limau nipis. Cara dia, belilah limau nipis tu, perahkan air dan jangan buang kulit dia. Masa mandi lumurkan bersama-sama dengan kulit limau tadi. Sental satu badan. Inn Syaa Allah bau badan akan hilang dan segar je kita rasa.
5) Janganlah biarkan badan kita berpeluh terlalu lama, kalau dah tahu badan tu bau masam...buatlah sesuatu. Ada setengah orang tu badan dia ada bau macam bangla...ada bau masam, ada bau MashaAllah...tak tahu dia ni mandi ke tidak? Kalau jenis kuat berpeluh, make sure kita sedia satua tuala supaya kita mudah nak lap peluh kita dan badan kita sentiasa kering.
6) Orang cakap bau badan ni disebabkan kita suka makan bawang atau rempah-rempah. Jadi, kurangkan makanan-makanan jenis ni. Yang banyak menggunakan rempagh ratus. Sebab ia akan dirembeskan melalui peluh kita.
7) Bila basuh baju tu make sure rendam dengan air panas dan jangan letak softlan. Sebab softlan tu saya dah buat kajian ia akan mengeluarkan bau yang kurang enak. Kecuali kalau dia tahu cara yang betul. Jangan biarkan baju anda direndam dengan softlan terlalu lama. Cara yang betul lepas cuci baju tu, celup2 je ngan softlan. dan sidai. Sidai ditempat yang panas terik. Supaya baju tu akan kering betul2.
Ada lagi tak rasa2nya nak tambah? Ok nanti kita cuba rungkaikan lagi....:)
Jadi kesimpulannya, jagalah penampilan kita. Kalau nak workout sekalipun, kebesihan diri harus diutamakan. Kesian orang2 macam saya. Terseksa diri saya...hahahaha....
Anyway, benda ni mungkin nampak remeh tapi sebenarnya ia adalah keperibadian diri kita. Tak salah dan rugi kita menjaga kebersihan dan berwangi-wangian. Kalau anda malu dan tak tahu caranya, saya sudi share tips2 pada anda. Haa..yang best joinlah grup secret saya!
Bye....
.jpg)

.jpg)

No comments:
Post a Comment