- Soft Drinks / Minuman bergas
Seperti yang kita semua tahu, soft drinks adalah sejuk, segar, manis,
dan addictive. Kebanyakan soft drinks mengandungi kandungan kafein yang
tinggi. Penggemar minuman jenis ini mungkin secara tidak sedar
mencetuskan kebergantungan dan addiction terhadap air bergas dan
ber-kafein ini.
Minuman bergas ini hampir tidak mempunyai sedikit khasiat pun, oleh
itu ia perlu dibuang jauh-jauh dari diet harian anda. Tambahkan
pengambilan air dan the serta jus buah-buahan jika anda memerlukan gula.
- Minuman Kedai Kopi
Seperti minuman bergas, sesetengah penggemar kafein mungkin memenuhi
keperluan mereka dengan minuman kopi. Samada kopi o’ atau kopi susu
rendah kalori, kebanyakan kopi di kedai hari ini mengandungi creamer,
gula, dan penambah perisa yang lain.
Jika anda memerlukan kafein, order kopi o kosong dan tambah sedikit susu, creamer, atau gula mengikut keperluan anda sendiri.
- Produk kaya tepung
Anda patut mengelakkan roti putih dan produk yang mengandungi tepung
yang diperkaya. ‘Tepung yang diperkaya’ menunjukkan yang tepung tersebut
telah di ‘bleached’ dan kehilangan khasiat yang berharga. Sebaliknya
untuk langkah yang lebih bijak, anda bolehlah membeli roti penuh gandum
dan pasta.
- Roti, kek, dll
Roti keju yang besar dan muffin yang bersaiz penumbuk anda bukanlah
pilihan yang baik untuk diet harian anda. Saiz makanan seperti ini
kadangkala di luar kawalan anda. Kebanyakan makanan ini mengandungi
tepung yang diperkaya, gula dan lemak tepu yang tinggi.
Jika anda membaca label makanan, pastikan anda memeriksa samada
makanan tersebut mengandungi minyak yang dihidrogenkan dari marjetin
atau tidak. Sekalipun ada tertulis ‘tanpa lemak tepu’ pada label
makanan, periksa kandungan nutrisi makanan tersebut. Sesetengah
pengeluar makanan mempromosikan makanan mereka dengan mengatakan kurang
lemak. Jika anda ragu-ragu, periksa kandungan bahan yang digunakan.
- Makanan / Minuman pek segera (instant)
Sekarang ini di mana-mana sahaja dapat kita lihat pelbagai jenis makanan
dan minuman segera. Dan makanan dan minuman jenis inilah yang paling
banyak dibeli oleh kebanyakan daripada kita disebabkan jadual harian
yang padat. Oleh itu anda memerlukan sesuatu yang mudah dan pantas.
Makanan dan minuman segera ini juga mempunyai rasa yang sedap dan
lazat. Tetapi tahukak anda bahawa kebanyakan makanan segera ini
mempunyai kandungan garam dan penambah perisa yang tinggi? Manakala
minuman segera pula mengandungi kandungan gula dan creamer yang tinggi.
Dengan pengambilan makanan dan minuman segera ini, anda tidak boleh
mengawal kandungan garam, gula, dan krimer ke dalam badan anda.
Pengambilan jenis makanan dan minuman ini boleh memudaratkan tubuh badan
anda dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, anda perlu tahu mengawal
makanan dan minuman seperti ini, atau yang lebih baik cuba
mengelakkannya kerana kebanyakannya juga mengandungi kandungan kalori
yang tinggi.
- Makanan dalam tin
Kebanyakan makanan dalam tin pula mengandungi penambah perisa yang
sangat tinggi. Selain itu, kandungan garam di dalamnya juga adalah
sangat tinggi. Walaupun makanan dalam tin ini sangat berguna ketika
keadaan kecemasan atau darurat, tetapi jangan jadikan ia sebagai makanan
harian anda.
- Makanan bergoreng
Setiap makanan bergoreng mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah
restoran mungkin menggunakan minyak yang mengandungi lemak tepu, atau
makanan digoreng then mentega atau telur yang banyak. Oleh itu, anda
perlu mengurangkan pengambilan makanan bergoreng.
Jika sesekali anda teringin makan makanan bergoreng, anda bolehlah
menggoreng sendiri makanan tersebut supaya anda boleh memilih sendiri
minyak yang baik dan menyesuaikan dengan resepi anda.
- Makanan segera
Siapa yang tak suka burger dan french fries kan? Memang sedap, tapi anda
perlu mengelakkan makanan segera dari diet harian anda. Kebanyakan
makanan segera ini di goreng di dalam minyak dan jarang-jarang mempunyai
vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh badan. Hadkan pengambilan
makanan segera kepada 1 – 2 kali sahaja setiap bulan.
- Snek buah
Kenapa anda makan snek buah padahal anda boleh makan buah yang sebenar?
Walaupun sesetengah jenama snek buah mungkin menambah vitamin dan
mineral yang diperlukan tubuh badan ke dalam snek buah mereka, snek
seperti ini juga mungkin mengandungi gula dan perisa tambahan. Pilihlah
makanan semulajadi dan segar daripada makan makanan yang diproses
seperti ini.
Sumber:Kevin Zahri



No comments:
Post a Comment