Sunday, 15 December 2013

Saya Nak Kurus:Bermula Episod Baru



Bukan senang  nak capai matlamat sebenarnya. Bayangkan berat saya almost 90kg. Badan saya semakin hari semakin naik dan naik.  Baju mula tak muat, lengan dah mula tak boleh nak masuk. kain baju kurung dah mula sendat di bahagian punggung, peha semakin besar, punggung juga dah macam bola, seluar-seluar jeans dari saiz 32 naik 34, dan mula naik sampai saiz 36 dan itu semua saiz lelaki.

Saya mula panik, rasa macam diri hodoh dan hina. Bila tengok cermin seperti dia ejekan saya balik. Perut dah selambak, lengan macam sayap dan boleh berkepak-kepak... (Hahaha) Masa tu kalau ingat balik, setiap hari aku pikirkan cara nak kuruskan badan. Macam mana yea?



SAYA MESTI BERUBAH!
==============================

Nak kurus bukan hari ini nak, esok boleh dapat. TIDAK KAWAN-KAWAN. Dia macam ni ayat di bawah ni...

Jika JIWA tak kental
 HATI tak sakit
KESABARAN tiada
SEMANGAT yang kuat
Perasaan NAK KURUS yang membuak-buak
DAN paling penting SOKONGAN SEMUA
termasuk suami, anak-anak, mak, kawan-kawan atau keluarga 

Saya tak akan capai dan turunkan 12 kg kalau saya takde perasaan di atas tu. Mugkin pada mereka yang ada badan yang dah cukup cantik dan boleh gayakan pelbagai baju dan saiz mereka akan cakap atau gelakkan saya. Saya tau ada yang memandang sinis pada saya. Cakap saya POYO. Takpe saya tak kisah. Saya kongsi kerana ia hanya untuk memotivasikan diri saya sendiri dan mereka yang ingin kurus seperti saya. Saya tau dan faham mereka yang ada masalah kegemukkan kerana saya pernah alami.

Kerana pandangan sinis anda saya berjaya merubah diri saya, dan saya akan terus berjuang demi KESIHATAN YANG OPTIMUM untuk diri saya dan juga memotivasi mereka yang berbadan besar seperti saya.

Tapi terima kasih atas pada mereka yang masih memandang positif pada saya dan memberi dorongan pada cita-cita dan matlamat saya.  Saya akan kejar matlamat saya. SAYA BOLEH !


Bersama penyanyi terkenal Hafiz. Masa ni macam tak percaya tengok badan aku lebih besar dari Hafiz.
Dalam tv tengok Hafiz macam besar, sekali aku yg besar rupanya.

SLIM WOLRD LA KONON
=======================

Mula mengorak langkah mencari tip-tip untuk kuruskan badan. Sign-up pelbagai website yang boleh menghantar newsletter tentang bagaimana cara-cara nak berdiet.

Ahhh... takde penyelesaian. Pelbagai cara saya lakukan semenjak tahun 2012. Suatu hari, saya ternampak Slim World ada buat promosi. Saya berpendapat ini je lah jalan pintas untuk kurus. Masa tu akhir tahun 2012.

Rupa-rupanya, aku tertipu (TIPAH TERTIPU BANG, TIPAH TERTIPU). Aku habis ribuan ringgit tapi hasilnya HAMPEH! Jadi, sarankan JANGAH SESEKALI SINGGAH ATAU SIGN UP ANY PROMOSI yang dorang cakap. SEMUA TU TIPU!

Tinggal saya nak saman je, tapi belum lagi kemukakan. Mana tidaknya, nak dengar je promosi yang dorang bagi kena charge RM300. Jadi saya pun terpedaya dengan pujuk rayu dorang dan sign dengan pakej yang ditawarkan RIBUAN RINGGIT $$$$$ habis duit aku....tapi saya gigih pergi juga sebab dah berhabis duit kan. Tapi malang tak berbau, saya hanya turun 4kg. Hati sakit, dan menyumpah SLIM WORLD!!!

Yang tak best lagi, jadual pemakanan tak masuk akal. Saya tak dibenarkan makan nasi sebiji pun. Makan sosej 2 biji saiz kecil, tak boleh lakukan senaman, dan menu semua tak masuk akal! Pendek kata baik aku puasa macam ni. Memang orang bodoh yang buat menu tu(sorry). Tapi janganlah korang pergi semua jenis slim melim world ni.... MEMANG BANKRAP LA KORANG. 

Allah Taala nak duga aku, nasib aku tersedar. Mana tidaknya, saya seolah2 dipukau supaya mengikut semua kehendak dorang. Cara mereka cakap, dia pujuk rayu kita, tunjuk gambar konon-konon banyak customer dah jadi kalau sign-up yang mahal sikit. Saya kalau ingat balik memang rasa nak LEMPANG muka amoi tu. Sampai sekarang mereka masih telefon suruh datang lagi.

Minta Maaf la, sampai mati saya tak akan jejak kaki ke situ lagi. Penutup tahun 2012 saya memang malang.


Bersambung.....
Masa ni berat saya 82kg pada awal tahun 2013
Dengan rasa bangganya
12kg setakat 15.12.2013

2 comments:

  1. jemput jalan sini...

    wow akak mkn set shaklee ape ek... ina still new in shaklee world :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam arena,

      saya pun baru makan. Actually saya saya nak wat testimoni diri sendiri. Dah banyak duit abis produk kurus , ubat kurus..pegi slim world.

      Tapi makan set shaklee ni saya nak cuba memula, dan saya concentrate with exercise.

      Memang nampak kesan dan saya nak jugak turun berat badan seiring dengan kesihatan kita terjamin.

      u can watsap me 01111446316 anythg u nak tnya

      Delete