Salam semua,
Oh lupa, saya belum cerita kisah peribadi saya. Saya sudah berkahwin, berumur 32 tahun dan mempunyai anak 3 orang. Anak pertama 10 tahun, kedua 7 tahun dan ketiga 4 tahun. Suami seorang yang penyayang bekerja sebagai pensyarah kolej kerajaan.
Panasnya cuaca hari ni. Tapi itu tidak mematahkan semangat melihat anak-anak di sekolah.
Semenjak dah mula persekolahan aktiviti untuk bersenam di gym terpaksa dibekukan. Maklumlah kakak sekarang dah Darjah Satu. Seminggu persekolahan memang hari2 pergi mengadap dia, abang dia tak berapa risau. Tapi kakak risau la sikit. Darjah satu kan.
Tak senang hati dibuatnya memikirkan dia macam mana la dia handle diri dia. Bila pergi sekolah dia, nak kena ajar tukar baju sekolah agama, nak beli di kantin nak tunjuk tempat bersolat, nak kena ajar letak baju elok2 simpan baik2 baju lepas tukar. Pendek kata serba serbi kena tengok.
Alhamdulillah, masuk minggu kedua, dia nampak bijak. Mungkin berkat saya bagi dia makan omega guard dan Milkshake hari2 kat dia. Terkejut dan bangga bila dia cakap ' Mama, kakak dah pandai la. Mama balik la opis'! Hahaha, gembira dan lega dia cakap macam tu. Maknanya dia paham la apa kita cakap dan sampaikan. Jadi tak risau sangatlah saya.
Tapi, itu tak bermakna saya akan biarkan dia. Saya terpaksa menyusun jadual saya lebih teliti agar aktiviti senaman saya tidak berhenti begitu saja. Jadi strategi saya begini:
====
Menghantar anak2.
Parking boleh lakukan aktiviti berjalan 10 minit
Naik tangga 4 tingkat
Tengah hari
==========
Jalan kaki ke sekolah anak2 lebih kurang 10 minit pergi 10 minit balik. Jadi saya dah lakukan 20 minit berjalan kaki.
Sampai opis naik tangga 4 tingkat
Petang
=======
habis kerja jam 5petang
Amik anak dan terus ke gym dan lakukan senaman sejam
Seminggu 3 kali
Jadi begitulah aktiviti saya untuk bersenam. Senaman paling penting untuk menurunkan berat badan. Kalau tak lakukan sehari dua, rasa lain macam je badan. Kalau tak dapat ke gym, saya akan lakukan di rumah.
Pada anda semua, yang penting kita konsisten dan letakkan target anda. Bersabar dan terus bersabar. ok!



nice entry sis.. singgah la ke blog sy :)
ReplyDeletesaya pun nak kurus,, hihi jemput singgah dan follow ye.. nt sy follow back
ReplyDelete